PATUT LA RUMAH SAYA NAIK AIR ? .
FAKTOR KAWASAN DAN TANAH MEMAINKAN PERANAN YANG SANGAT PENTING BAGI MENGELAKKAN RUMAH KITA DINAIKI AIR .
OLEH ITU, AMAT PENTING UNTUK KITA MEMBUAT KEPUTUSAN SAMA ADA ” PERLU KE MENAMBUN TANAH ” ATAUPUN TIDAK ? .
SILA BACA POSTING INI UNTUK MENGETAHUI IMPLIKASI, TIPS DAN KOS UNTUK MENAMBUN TANAH .
IMPLIKASI JIKA TIDAK MENAMBUN TANAH SEBELUM MEMBINA RUMAH
- Jika kawasan rumah anda adalah kawasan banjir, rumah anda berpotensi untuk dinaiki air.
- Jika tanah di kawasan rumah anda tidak sekata, ia akan menyukarkan pembinaan rumah.
- Jika rumah anda adalah paling rendah berbanding jiran, rumah anda akan jadi tempat takungan air.
TIPS MENAMBUN TANAH
- Tanah haruslah lebih atau sama tinggi dengan aras jalan
- Tanah harus sama rata.
- Tanah harus tinggi dengan tanah jiran.
KOS MENAMBUN TANAH
Contoh tanah keluasan 5,000 kps dan ingin tambun setinggi sekaki.
Formula bagi mengira bilangan lori (saiz sederhana) yang diperlukan untuk setiap sekaki tambun adalah :
keluasan tanah(dalam kaki persegi) / 43560 x 234 = bilangan lori
katakan tadi luas tanah anda 5,000 kps, jadi bilangan lori yang diperlukan untuk menambun setinggi sekaki ialah:
5,000 / 43560 x 234 = 26.8 lori atau 27 lori
Jika di Kelantan, rata rata kos bagi sebuah lori yang didatangkan dengan jentera bagi meratakan tanah tersebut berharga sekitar RM90-130 selori.
(Harga berbeza disebabkan jarak lokasi sumber tanah/pasir diambil ke tapak yang ditambun)
Jadi bagi 27 buah lori diperlukan, anda perlu jangkakan kos tambun anda sekitar RM2,430 -RM3,510.
SEMOGA BERMANFAAT.
KLIK UNTUK TERUS WHATSAPP: www.wasap.my/60189010675 .
KLIK UNTUK SUBSCRIBE YOUTUBE KAMI www.youtube.com/channel/UCN_YtKni4pAd7O_ym9MEnfg
KLIK UNTUK SINGGAH WEBSITE www.dmaras.com
D’Maras Development (M) Sdn. Bhd.
Kontraktor Rumah Idaman Anda
Since 2007