- Apakah dokumen yang perlu saya sediakan sekiranya saya berminat untuk menggunakan khidmat D’Maras?
- Salinan geran tanah lengkap
- Salinan kad pengenalan
- Alamat surat menyurat
- Perlukah saya mempunyai tanah sendiri untuk membina rumah?
- Lebih baik sekiranya anda mempunyai tanah sendiri untuk membina rumah kerana proses akan menjadi lebih mudah. Tetapi, jika anda tiada tanah sendiri, pihak kami boleh membeli tanah-tanah yang dimiliki oleh syarikat D”Maras. Jika tidak berminat, pihak kami boleh bantu anda untuk mencari tanah yang lain.
- Status tanah macam mana yang sesuai untuk membangunkan sebuah rumah?
- Beberapa syarat yang perlu dipastikan sebelum anda ingin membangunkan sebuah rumah iaitu:-
- Berstatus bangunan
- Geran individu (jika ingin memohon pinjaman)
- Bolehkah saya ingin membina rumah di atas tanah yang terdiri daripada pasir pantai dan tanah gambut?
- Cuma ada beberapa kos tambahan yang perlu ditanggung sebelum bermulanya pembinaan.
- Bolehkah saya ingin membina rumah sekiranya status tanah saya adalah berstatus pertanian?
- Bergantung kepada Pihak Perbandaran Tempatan (PBT) sesebuah daerah. Tetapi, adalah lebih baik sekiranya anda menukarkan status tanah itu kepada status bangunan.