Soalan Lazim | D'MARAS Development

Soalan Lazim (FAQs)s

D'Maras Development (M) Sdn. Bhd.

Senarai soalan lazim untuk membantu dalam penyediaan dan pengetahuan anda membina rumah dengan  D’Maras Development

  • Salinan geran tanah lengkap
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Slip gaji 3 bulan terkini
  • Bayaran deposit

Adalah lebih baik sekiranya anda mempunyai tanah sendiri untuk membina rumah kerana proses akan menjadi lebih mudah.

Sekiranya tiada tanah sendiri, bakal pelanggan boleh membeli tanah-tanah yang dimiliki oleh syarikat D’ Maras Development. Sekiranya tiada yang sesuai, pihak syarikat boleh membantu mencari tanah yang dijual oleh individu atau syarikat lain

Ada beberapa kriteria yang perlu dilihat dan dipastikan sebelum anda memilih tanah untuk dibeli dan seterusnya untuk membina rumah.

Anda perlu memastikan tanah tersebut memenuhi beberapa kriteria.

Antaranya tanah tersebut mempunyai geran individu, bukan tanah pusaka yang masih tidak selesai (proses menjadi rumit dan panjang), tiada kaveat dan tiada sekatan-sekatan kepentingan yang boleh menghalang tanah tersebut dipindahmilik.

Bagi tanah yang terdiri daripada pasir pantai atau tanah gambut, kajian lanjut kesesuaian pembinaan rumah atau teknik pembinaan yang sesuai perlu dilakukan dengan membuat Kajian Tanah (Soil Investigation) yang akan diuruskan oleh pakar geologi.

Kos untuk kajian ini perlu ditanggung oleh pelanggan. Sekiranya kajian mendapati perlunya penggunaan kaedah lain dalam pembinaan rumah, contohnya penggunaan tiang cerucuk (piling), kos tambahan akibat penggunaan kaedah ini perlu ditanggung oleh pelanggan.

Ada PBT yang membenarkan pembinaan rumah di atas tanah berstatus pertanian dan ada juga PBT yang tidak membenarkan pembinaan di atas tanah berstatus pertanian kecuali selepas ditukar status kepada status Bangunan Kediaman.

Bagi PBT yang membenarkannya, syarat asas kebenaran bagi tanah lot berstatus pertanian adalah pembinaan untuk sebuah bangunan sahaja dibenarkan di atas tanah lot berkenaan.

Pembayaran Tunai
Tidak perlu.

Pinjaman Bank
Perlu. Bank hanya menerima geran berstatus Bangunan untuk kelulusan pinjaman.

Pinjaman Kerajaan
Tidak perlu kecuali kelulusan pelan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mewajibkan penukaran status tanah untuk kelulusan pelan rumah.

Walaubagaimanapun, jika tanah dibeli dari pihak ketiga, adalah lebih baik membeli tanah berstatus bangunan kediaman kerana nilai pinjaman bergantung kepada pihak penilaian harta. Penilaian harga tanah berstatus bangunan kediaman lebih tinggi daripada tanah pertanian.

Tidak boleh untuk mendapatkan pinjaman perumahan samaada pinjaman kerajaan atau pinjaman bank kerana proses pinjaman melibatkan geran tanah berkenaan dicagarkan kepada pihak pembiaya. Cagaran pula perlu diatas nama peminjam sahaja.

 

Manakala tiada masalah bagi pembiayaan tunai.

Sekiranya tanah berkenaan adalah lot yang besar dan mempunyai ramai penama yang perlu dibahagikan, anda perlu menguruskan terlebih dahulu proses pecah lot atau pecah sempadan supaya geran individu dapat dikeluarkan diatas nama anda. Proses pecah lot boleh dirujuk kepada jurukur-jurukur swasta dan diuruskan oleh mereka.

Tidak. Kos pembinaan rumah hanya mengambil kira rumah yang dibina di atas tanah yang sudah rata dan siap sedia untuk pembangunan.

Walaubagaimanapun, kami boleh membantu pelanggan menambun tanah dengan kos menambun ditanggung oleh pelanggan.

Ya, orang luar boleh membeli tanah di Kelantan dengan syarat mendapat kelulusan daripada Exco negeri.

Permohonan boleh dibuat di pejabat exco negeri di Wisma SUK (Setiausaha Kerajaan). Antara syarat asas pertimbangan permohonan pembelian tanah bagi orang luar adalah tinggal dan bekerja di Kelantan.

Proses kelulusan pula mengambil masa di antara 6 bulan ke 10 bulan. Terdapat kos yang perlu dibayar untuk proses ini. Bayaran kepada pihak peguam dan pihak kerajaan untuk bayaran Sijil EXCO.

Buat masa ini, servis pelan hanya kami lakukan kepada pelanggan yang berminat untuk bina rumah bersama kami sahaja.

Buat masa sekarang kami hanya beroperasi di Kelantan dan Terengganu sahaja.

Ya, bagi pembinaan rumah di atas tanah sendiri, kami menetapkan keluasan rumah bermula dari 1,200 kaki persegi. Mempunyai 3 bilik dan 2 tandas.

Tidak. Buat masa ini tumpuan kami lebih kepada pembinaan rumah baru sahaja.

Keluasan minimum rumah banglo 2 tingkat yang kami cadangkan adalah 2,500 kaki persegi.

Rumah lebih daripada satu tingkat akan melibatkan kos yang lebih tinggi dari sudut upah tukang, penggunaan staging dan penggunaan jentera seperti kren bagi menyiapkan tingkat-tingkat yang lebih tinggi.

Boleh. Walaubagaimanapun, kos untuk menaikkan rumah menggunakan tiang bagi bahagian bawah perlu dikira berasingan.

Harga asas adalah harga keluasan rumah yang didarabkan dengan harga per kaki persegi berdasarkan pakej yang dipilih.

Harga asas tidak termasuk aksesori atau hiasan lain seperti kabinet dapur, shower screen, grill tingkap, cornices, groovelines, pagar, lampu, kipas dan item-item di luar spesifikasi asas.

Harga asas juga tidak dikira bersama fee-fee yang lain seperti yuran guaman, kos pelan rumah, Sijil Kelayakan Menduduki (SKD) dan juga deposit bekalan elektrik dan air

Anggaran kos guaman adalah 3% daripada harga kontrak bina rumah berdasarkan sebut harga yang dikeluarkan oleh pihak kami, namun kos sebenar adalah mengikut bil yang dikeluarkan oleh pihak firma guaman.

Boleh, kos guaman bagi pembinaan rumah samaada pinjaman LPPSA atau pinjaman bank boleh di masukkan ke dalam pinjaman perumahan.

Walaubagaimanapun, kelulusan akhir pinjaman termasuk yuran guaman adalah di atas kelulusan pihak pembiaya.