3 Cara Hias Rumah Dengan Bajet Rendah, Kena Kreatif!

Ini 3 cara hias rumah dengan jimat. Idea ini boleh diaplikasikan pada semua jenis rumah walaupun rumah sempit, rumah kos rendah, atau pangsapuri.

CERIAKAN DINDING YANG KOSONG

Selain cat dan kertas dinding , anda boleh:

✅ Tampal WALL DECO 3D yang banyak dijual di kedai serbaneka dengan pelbagai rekaan menarik. Ia juga mudah ditanggalkan apabila anda ingin mengganti dengan rekaan baru.

✅Lekat PETA tempat-tempat yang sudah anda travel. Puas hati bukan bila tengok banyak negara yang anda sudah kembara

✅Pamer HASIL KRAF TANGAN anda. Bukan semua orang miliki bakat seperti anda. Mana tahu ada yang sukakannya dan mengupah anda untuk melakukan yang sama di kediamannya.

✅Penuhi dengan GAMBAR BERBINGKAI sama ada koleksi keluarga, koleksi kegemaran dan banyak lagi.

 

UPGRADE PERABOT

Selain beli perabot yang baru, anda boleh:

  1. Menyegarkan penampilan misalnya membuat SARUNG BARU yang cantik pada kerusi atau bangku.
  2. Serikan perabot atau sarung kusyen yang kosong dengan MENAMBAH WARNA ceria mengguna pelbagai alatan seperti sequin atau kain perca.
  3. RECYCLE BAHAN-BAHAN YANG TIDAK DIGUNAKAN LAGI
  4. Koleksi buku hard cover atau yang tebal jangan dibuang. Stack buku secara menegak dan…. tada! Ia bertukar menjadi MEJA SISI.
  5. Begitu juga dengan majalah-majalah lama. Susun cantik-cantik dan ikat. Ia boleh dijadikan sebagai BANGKU.
  6. Gantung majalah atau buku resipi pada hanger baju. Ia juga memudahkan anda mencapainya apabila perlu.

SIMPLE BUKAN?

Siapa kata perlu berbelanja lebih untuk cantikkan kediaman. Bahan yang murah apabila digunakan secara kreatif, boleh memberi impak yang besar pada rumah anda.

Aplikasikan cara hias rumah di atas sebagai panduan menghiasi kediaman tanpa ‘mengoyakkan poket’ anda!

 

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Whatsapp Team D' MARAS