5 Tips Untuk Jimatkan Penggunaan Air Di Rumah

1.Basuh baju dengan muatan penuh

Kadangkala ada kaum Hawa yang terlebih rajin sampai baju kotor 2,3 helai pun dah nak masukkan dalam washing machine untuk dibasuh. Simpan dulu baju kotor tue sampai betul-betul full untuk dibasuh dengan washing machine. 3 hari sekali basuh baju memang cantik. Jangan tetiap hari basuh. Membazir air.

2.Hanya flush selepas buang air besar

Bila kita buang air kecil, tak perlulah nak flush tandas . Isi baldi sehingga suku penuh dan jirus. Itu pun dah mencukupi. Setiap kali kita flush tandas, kita sebenarnya dah gunakan sebanyak 11 liter. Banyak kan? Kalau sehari buang air kecil 5 kali dan korang pam tandas , dah 55 liter. Elakkan membazir.

3.Mandi jangan lama sangat

Orang perempuan memang particular dan teliti apabila bab membersihkan badan ini. Tak boleh salahkan mereka juga. Mereka mandi wangi-wangi untuk kaum Adam jugak kan?

Tapi untuk menjimatkan air, apa kata selepas ini anda potong separuh masa anda mandi di bilik air. Kalau selama ini mandi setengah jam, cuba kurangkan jadi 15 minit sahaja. Kami yakin anda tetap akan kekal wangi, jelita dan menawan sambil boleh berjimat dalam penggunaan air.

4.Jangan guna air dari paip ketika basuh pinggan

Membasuh pinggan adalah satu usaha murni yang patut diterapkan kepada semua ahli keluarga kita. Lepas makan, kenalah pandai basuh pinggan masing-masing. Tapi kena guna teknik yang betul. Jangan guna air dari paip yang mengalir tanpa henti untuk membasuh pinggan. Sebaliknya sediakan satu besen berisi air. Ala yang macam dekat kenduri-kenduri selalu kita nampak tu. Jimat pun jimat, mudah pun lagi mudah. Boleh basuh semua sekaligus.

5.Baiki paip yang bocor

Apabila kita nampak air menitis tanpa henti daripada paip, itu tandanya paip kita bocor. Tapi kadangkala kita buat tak tahu sahaja. Ala setakat menitis setitik dua macam tue, bukannya membazir apa pun. Sebenarnya bila anda tidak baiki kebocoran ini, jumlah air yang menitis tersebut boleh mencecah 15 liter sehari.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Whatsapp Team D' MARAS