Pada zaman ini, cctv memainkan peranan utama jika berlaku sesuatu di rumah, dahulu cctv hanya dipandang remeh oleh masyarakat dan mungkin harga yang terlalu mahal untuk pemasangan dan servis lain. Jika dahulu hanya pejabat besar sahaja yang ada cctv, sekarang setiap rumah ada cctv. Mungkin ramai yang tidak tahu harga cctv namun tahukah anda cctv kini boleh didapati dengan harga yang mampu milik. Di sini kami senaraikan 7 cctv mampu milik dengan kualiti yang terbaik.
1.Hikvision Outdoor CCTV
RM 55.00
CCTV keluaran Hikvision ini memiliki resolusi imej 2 megapixel dan mampu merakam imej ketika waktu malam atau gelap. Ciri tambahan produk termasuk mampu condong sehingga 180 darjah dan berputar sehingga 360 darjah, menjanjikan rakaman yang menyeluruh.
Jarak IR kamera litar tertutup ini mencapai 20 meter jauh dan dengan rekaan CCTV yang teguh, membuatkan ianya sesuai dipasang dibahagian luar kediaman anda.
2.PROLiNK Full HD Smart Wi-Fi IP Camera CCTV.
RM 109.00
Produk dengan rekaan moden dan berteknologi tinggi keluaran PROLiNK ini mampu merakam imej dengan resolusi 2 megapixels. Dilengkapi kanta sudut lebar (wide angle), ianya dapat meliputi rakaman kawasan yang lebih meluas. Imej yang dirakam boleh disimpan pada memory card MicroSD atau penyimpanan Cloud yang disediakan.
Produk juga dilengkapi sistem penggera (alarm) yang diaktifkan melalui pengesanan pergerakan (motion detection), ciri yang membolehkan anda mengesan jika berlakunya sebarang pencerobohan.
3.Xiaomi DaFang 1080P FHD Wifi IP Security Camera CCTV.
RM 129.00
Xiaomi membawakan produk CCTV yang boleh dihubungkan terus ke peranti pintar, membolehkan anda mengawasi kediaman ketika berada dimana sahaja, pada bila-bila masa. Tambah menarik, kamera ini juga memiliki kemampuan merakam imej ketika waktu malam dan keadaan gelap.
4.Vono HD Fish Eye IP Camera.
RM 125.00
CCTV yang menawarkan fungsi tanpa kabel (wireless) ini mampu merakam imej panorama sehingga 360 darjah dan mengesan pergerakan (motion detection). Kamera memiliki lensa fish-eye dan imej yang terakam boleh dibesarkan dan dimainkan semula (playback).
Produk CCTV ini juga boleh dihubungkan dengan aplikasi pada peranti iPhone dan Android, membolehkan anda mengawasi kediaman melalui telefon pintar. Tambahan, penggunaan produk ini dan pemasangan kameranya pada kediaman juga sangat mudah dan mesra pengguna.
5. GOQ Bulb Cam IP Security Camera Wifi Surveillance CCTV.
RM 68.00
Kamera litar tertutup yang jelas kelihatan di mata, sudah pasti dapat dikesan dengan mudah. Jika anda perlukan kamera yang tersembunyi, produk ini adalah pilihan yang ideal. Kamera yang tersembunyi pada mentol ini mampu merakam imej panorama pada sudut 360 darjah dan boleh disambungkan pada telefon pintar.
Kamera yang dilengkapi ciri interkom ini, membolehkan komunikasi dua hala serta sistem penggera dapat diaktifkan dari telefon pintar.
6.Long Man LMISBA1000C CCTV 1/3″ SONY 420TVL.
RM 88.00
Jika anda tercari-cari model CCTV analog yang berbentuk bullet, maka anda tidak perlu mencari jauh! Dengan resolusi kamera 962 × 504 TVPAL, hasil rakaman pasti tajam dan berkualiti. Ditambah dengan penarafan kalis air IP66, kamera CCTV ini mampu beroperasi tanpa mengenal cuaca.
7.YI Home Camera 720P IP CCTV.
RM 149.00
Lensa kaca dengan aperture f/2.0 membuatkan kamera ini mampu merakam waktu malam mahupun waktu siang tanpa kehilangan ketajaman gambar. Tapi, yang paling penting sambungan WiFi yang dijamin selamat dipromosikan oleh model ini, baik sambungan sepantas kilat atau dengan kelajuan internet yang asas (baca: perlahan), model ini akan mengadaptasi kualiti streaming berdasarkan kelajuan internet.
Model cctv ini boleh dicari di dalam platform jualan ‘ONLINE’ seperti Lazada, Mudah, Shopee, Lelong atau kedai-kedai yang menjual dan menawarkan servis pemasangan cctv untuk kediaman.