7 Panduan Untuk Lulus Pembiayaan Perumahan Dengan Cepat & Mudah | D'MARAS Development

7 Panduan Untuk Lulus Pembiayaan Perumahan Dengan Cepat & Mudah

Khas buat golongan muda.

Sekarang ini pihak bank semakin susah nak luluskan pinjaman perumahan. Mereka akan membuat tapisan sangat terperinci untuk pastikan yang benar-benar layak dan berkemampuan sahaja akan dapat pinjaman perumahan.

Macam mana nak jadi anak emas pihak bank? Hari ini hantar permohonan pembiayaan perumahan, tiga hari kemudian terus dapat keputusan menggembirakan.”

    1. Mempunyai Kerjaya Stabil Dan Pendapatan Yang Bagus
      Anda wajib bekerja dan yang paling penting berpendapatan tetap. Pegawai bank tak yakin dengan jenis yang kerja berpindah-randah. Yang baru kerja pula, sekarang ni bank nak 6 bulan penyata gaji.
    2. Mempunyai Debt Service Ratio (DSR) Yang Rendah
      Hutang kepada pendapatan seeloknya bawah 70%. Lagi rendah lagi bagus.
    3. Mempunyai Rekod CCRIS Yang Bersih
      Laporan CCRIS sangat penting untuk membuktikan anda berdisiplin membayar hutang bank. Ia juga menunjukkan sama ada anda menguruskan kewangan dengan baik atau tidak. Jika banyak tunggakan, sila baiki dulu pembayaran tersebut.
    4. Mempunyai Tabiat Menyimpan Wang
      Seeloknya kena ada simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji untuk bayar ansuran setiap bulan. Contoh, jika nak beli rumah yang bulanan RM600, seelok-eloknya ada 6 bulan simpanan iaitu bersamaan RM3600. Lagi banyak duit simpanan, lagi bagus.
    5. Selidik Jenis & Lokasi Hartanah
      Sebelum memohon pinjaman perumahan, pergilah melawat dulu rumah tersebut. Tengok keadaan rumah dan selidik status hartanah. Pihak bank mungkin tidak berminat untuk memberi pinjaman untuk hartanah yang terpencil atau hartanah bernilai rendah. Bagi hartanah yang belum mendapat status Strata, hanya beberapa bank saja yang boleh beri pembiayaan. Antaranya Bank Rakyat, BSN, Bank Islam, dan Public Bank.
    6. Tiada Hutang Negatif Yang Banyak
      Anak muda seharusnya mempunyai kewangan yang sihat. Bukannya terbeban dengan hutang pinjaman peribadi, bayar ansuran kereta Ford Fiesta misalnya. Padahal gaji RM2,000 saja. Ukur baju di badan sendiri.
    7. Baki Bulanan Dalam Akaun
      Hari ini gaji masuk, esoknya dah tinggal RM200. Macam mana nak bayar ansuran rumah RM600 sebulan? Jadi, bank akan lihat kemampuan kewangan anda. Hapuskan hutang lapuk. Rendahkan komitmen dan tambahkan pendapatan dulu.*Rekod CCRIS sangat penting untuk dijaga. Jika dah ada duit pendahuluan untuk beli rumah tapi laporan CCRIS bermasalah pun tak guna. Baiki laporan CCRIS dulu.Kini pinjaman PTPTN pun sudah direkod dalam laporan CCRIS. Jangan terkejut jika anda semak laporan dan terdapat angka besar dalam kotak laporan. Boleh rosakkan ‘scoring’kredit nanti.

      Jika ada hutang PTPTN tertunggak, cepat-cepat jumpa pegawai PTPTN untuk berbincang dengan mereka. Buat pertukaran ujrah dan rundingan untuk dapatkan diskaun.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *