Loan Rumah Untuk Staf Kerajaan, Rugi Tak Guna Sebelum Usia 35 Tahun

Membeli rumah adalah impian setiap individu. Pembiayaan pula menjadi satu aspek yang kita tak dapat nak elak dalam proses pembelian hartanah ini. Namun sekiranya anda adalah seorang staf kerajaan, jangan abaikan peluang baik untuk mendapatkan pinjaman perumahan khas utuk penjawat awam.

Bagi yang kurang arif atau masih baru dalam perkhidmatan, perkongsian oleh Perunding Hartanah ‘Tuan Inchique Aiman’ ini mungkin boleh dijadikan panduan. Rancang sebaiknya, rugi kalau anda tidak ambil tahu kerana bukan semua orang mempunyai keistimewaan yang sama. Semoga bermanfaat.

PENJAWAT AWAM & PINJAMAN PERUMAHAN  LPPSA

Rata – rata yang bekerja di sektor kerajaan  masih ramai yang belum membuat pinjaman perumahan LPPSA. Disini ada sedikit pencerahan untuk membantu anda memahami kebaikan – kebaikan bila anda teringin nak beli hartanah menggunakan pinjaman LPPSA.

Biasanya kalau ada yang nak beli rumah, apa yang perlu tahu adalah ‘nak beli untuk duduk atau invest sahaja?’. Kalau nak invest disarankan jangan guna pinjaman LPPSA tapi gunalah pinjaman bank. Belilah property subsale yang bawah market value supaya anda dapat jana kewangan positif setiap bulan.

 

KELEBIHAN 1

  • Pinjaman Bank
  • Pinjaman Kerajaan

Makanya kakitangan kerajaan berpotensi membeli rumah lebih dari 2 biji ke atas untuk dijadikan asset. Berbeza dengan kakitangan swasta yang hanya bergantung kepada pinjaman bank. Untuk rumah ke 3, pinjaman hanya dapat 70% sahaja daripada harga rumah. Tapi untuk kakitangan kerajaan, anda boleh dapat dua kali pinjaman sebanyak 100% dengan kadar faedah yang lebih murah iaitu 4.0% berbanding pinjaman bank sekitar 4.5%-5.0%.

Walaupun nama CCRIS/CTOS untuk melakukan pinjaman bank, masih mampu lagi membeli rumah menggunakan pinjaman LPPSA.

 

KELEBIHAN 2

Tahukah anda, anda boleh guna pinjaman LPPSA ni sebanyak dua kali sahaja. Tetapi dengan syarat, pinjaman perumahan untuk kali pertama mestilah dilunaskan habis. Kemudian baru boleh buat pinjaman kali ke dua.

Lagi satu, kepada sesiapa yang belum gunakan pinjaman LPPSA tu, anda gunalah sebelum umur 35 tahun. Sebab umur 35 tahun ke bawah masih boleh meminjam untuk tempoh masa 30 tahun. Tapi kalau dah lebih 45 tahun barunak buat pinjaman LPPSA, kemungkinan tempoh masa pinjaman akan jadi singkat sama ada 20 tahun ke 28 tahun sahaja.

Bila pinjaman semakin singkat, makanya bayaran bulanan anda pun akan menjadi lebih tinggi walaupun kadar faedah rendah.

KELEBIHAN 3

Untuk sektor kakitangan, kelebihan anda adalah anda dapat membuat pinjaman sebanyak 100% berdasarkan kelayakan pinjaman yang telah ditetapkan bagi setiap jumlah tingkat gaji pokok + elaun-elaun anda.

Bila boleh mohon 100% loan, andai kata anda beli rumah dengan harga RM350k sedangkan harga pasaran 400k, maka anda boleh dapat ‘cash back’ 50k selepas pinjaman di ‘release’ ke akaun syarikat peguam yang menyediakan perjanjian jual beli anda.

KELEBIHAN 4

Kalau anda beli projek perumahan baru, lagi berganda anda boleh untung. Kebiasaannya projek-projek perumahan baru menawarkan booking Rm1000 dan rebate sebanyak 10%.

Sekiranyan rumah yang anda beli, harga perjanjian jual beli adalah Rm400k, rebate 10% diberikan  oleh pemaju = Rm40k, maka rumah yang anda beli akan jadi Rm360k. Jadi ‘cash back’yang akan anda peroleh adalah Rm80k.

KELEBIHAN 5

Paling penting, sektor kerajaan pinjaman LPPSA telah meyelaraskan bahawa kakitangan kerajaan tidak perlu membayar kadar faedah setiap bulan mengikut peratus (%) projek siap dibina sepertimana kakitangan swasta yang perlu membayar kadar  faedah setiap bulan mengikut peratus (%) projek pembinaan sudah siap dibina dalam tempoh 3 tahun kebiasaannya sehinggalah 100% siap dibina barulah pembeli mula membayar ‘installment’ bulanan secara penuh.

Bagi kakitangan kerajaan, projek 100% siap, dapat kunci baru mula bayar bulanan kepada pihak LPPSA.

 

Sumber: Siakap Keli

 

 

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Whatsapp Team D' MARAS