Jenis Siling Yang Biasa Digunakan Dalam Pembinaan | D'MARAS Development

Jenis Siling Yang Biasa Digunakan Dalam Pembinaan

Siling adalah sebahagian daripada kemasan yang diletakkan diatas beberapa komponen struktur yang dikenali sebagai dinding. Siling terletak di bawah rangka bumbung dan secara umumnya merangkumi beberapa reka bentuk. Rekabentuk siling telah banyak berubah sehingga mampu memberikan nilai estetika kepada kediaman dengan motif dan juga warnanya. Reddiamondhouse – Konktraktor Bina Rumah Kelantan ingin berkongsi beberapa jenis siling yang biasa digunakan dalam pembinaan . Antaranya ialah :

1. SILING PLYWOOD

Siling jenis ini banyak digunakan kerana mempunyai harga yang murah dengan ketebalan biasanya kira-kira 3mm hingga 5 mm. Oleh itu, pemasangan bagi siling ini tidak begitu sukar dan tidak memerlukan khusus atau kemahiran khas. Ianya tidak mempunyai ketahanan dan sedikit rapuh sekiranya terkena air atau dimakan anai-anai.

2. SILING GYPSUM

Gypsum merupakan jenis siling yang sangat terkenal untuk bahagian dalaman kediaman. Oleh kerana kerja pemasangannya yang mudah dan dapat mempercepatkan proses kerja, ianya sering digunakan. Kebiasaanya, ada yang menggunakan siling gypsum untuk menggantikan siling plywood. Siling gypsum juga banyak kelebihannya tersendiri yang semestinya memberi nilai tambah kepada ruang kediaman. Namun begitu, siling jenis ini juga mempunyai kekurangan seperti mudah rapuh apabila terkena air. Maka ia akan mudah rosak. Pastikan bumbung rumah anda tidak mudah bocor dan mengenai siling gypsum ini.

3. SILING ASBESTOS

Merupakan campuran daripada pelbagai bahan seperti silica. Siling asbestos juga digunakan sebagai bumbung yang rumah. Selain mudah dipasang rumah pun akan terasa sejuk. Namun asbestos sangat berbahaya terutama apabila serpihan asbestos yang tidak boleh dilihat kemudian tersedut. Ini dapat menyebabkan penyakit paru-paru. Penggunaannya dilarang di kebanyakan tempat kerana membahaya kepada kesihatan apabila tersedut seratnya.

4. SILING PVC

Siling ini diperbuat daripada plastik. Ia tahan kepada air namun jika ingin dibandingkan dengan kualiti ianya lebih mahal. PVC atau Polivynilchloride merupakan polimer yang bersifat lembut dan ringan. Jenis siling ini tidak memerlukan sebarang kemasan seperti cat.kerana pengilang sudah menyediakannya dalam pelbagai warna. Selain itu, siling PVC lebih tahan lama, tahan air, dan mudah dibersihkan.

5. SILING CAMPURAN GYPSUM DAN PLYWOOD

Siling jenis ini kukuh terhadap air, tetapi agak rapuh bila terhantuk dan memerlukan seseorang khusus untuk memotong dan memasangnya.

6. REKABENTUK PLAFON MODEL FIBER

Reka bentuk siling model fiber diperbuat daripada serat plastik. Kebiasaannya mempunyai mod telus walaupun banyak juga dalam mod kabur. Reka bentuk siling fiber dijual dalam bentuk lembaran dengan pelbagai motif dan reka bentuk.

7. SILING KAYU ATAU LAMBERSERING

Kayu yang digunakan biasanya kayu lambersering atau kayu olahan. Kemasan yang biasa menggunakan melamine atau varnis agar karakter kayunya semakin kekal. Kemasan yang biasa menggunakan melamine atau varnis agar karakter kayunya semakin kekal.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *