Nak bina rumah atas tanah sendiri tapi tak tahu nak mula dari mana? Jangan risau, dalam artikel ini kami kongsikan langkah demi langkah panduan lengkap khas untuk anda yang ada tanah di Kelantan dan Terengganu — supaya anda boleh capai impian miliki rumah sendiri tanpa pening kepala.
Siapa yang Sesuai Bina Rumah Atas Tanah Sendiri?
Panduan ini sesuai untuk:
-
Pemilik tanah pusaka atau tanah beli sendiri
-
Individu berumur 25–50 tahun
-
Mereka yang mempunyai slip gaji untuk mohon pinjaman LPPSA / Bank
-
Individu yang mahu membina rumah secara tunai
Langkah-Langkah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri
1. Semak Status & Keluasan Tanah
-
Pastikan tanah adalah milik sendiri atau ada kebenaran bertulis (surat kuasa).
-
Semak status: pajakan, rizab Melayu, jenis geran.
-
Keluasan minimum yang ideal: 4,500 kaki persegi ke atas.
2. Pilih Pelan Rumah yang Sesuai
Di D’ Maras, kami menyediakan ratusan pelan rumah readymade untuk dipilih:
-
Rumah 1 tingkat / 2 tingkat / Split Level
-
Rumah bajet RM 250k – RM 500k
-
Boleh diubah suai ikut bajet & kehendak keluarga
Klik sini untuk lihat pelan rumah ready made
3. Lantik Kontraktor Bertauliah & Berpengalaman
Elakkan ambil kontraktor “kontrak mati” atau tiada lesen. Dengan D’ Maras, kami uruskan:
-
Rekabentuk pelan rumah
-
Pindahmilik hakmilik & lantikan peguam
-
Permohonan kelulusan pelan & kelulusan pinjaman LPPSA
-
Pembinaan rumah dari A sampai Z
4. Mohon Pinjaman Rumah (Jika Perlu)
Kami bantu pelanggan mohon:
-
LPPSA (untuk penjawat awam) – tanpa modal besar
-
Pinjaman Bank (untuk swasta) – kami sediakan dokumen lengkap
5. Mula Pembinaan & Pantau Progres
-
Proses bina rumah biasanya ambil masa 7–12 bulan. Bergantung kepada saiz dan rekabentuk rumah
-
Anda akan diberi jadual pembinaan dan boleh pantau progress
-
Kami sediakan video progress setiap minggu
Kenapa Ramai Pilih Bina Rumah Sendiri dengan D’ Maras?
✅ Lebih Murah dari beli rumah siap
✅ Fleksibel ikut bajet & gaya hidup
✅ 100% diuruskan – Tak perlu pening
✅ Ratusan testimoni pelanggan puas hati
✅ Berdaftar dengan CIDB & berpengalaman lebih 15 tahun
Kawasan Liputan D’ Maras Development
Kami membina rumah di:
-
Kelantan: Semua daerah kecuali Jeli & Gua Musang
-
Terengganu: Besut dan Jertih sahaja
Hubungi Kami Sekarang – Rumah Impian Anda Bermula Di Sini
Klik sini untuk dapatkan sebut harga percuma
Whatsapp: www.wasap.my/60146396776
Lawati kami di pejabat untuk sesi konsultasi percuma