PERSEDIAAN TAPAK

Penyediaan tapak sebelum bina rumah adalah perkara asas yang perlu diambil kira bagi proses pembinaan rumah kerana ianya mempunyai kos yang perlu disediakan oleh pihak pelanggan @ tuan rumah 

Untuk kos penyediaan tapak ini boleh disediakan secara tunai atau dimasukkan didalam pinjaman perumahan yang dibuat 

Penyediaan tapak adalah sangat penting bagi projek binaan tidak kira berskala kecil atau besar bagi memastikan kelancaran kerja – kerja pembinaan berjalan dengan baik. 

 

1.CARI BATU SEMPADAN 

Proses cari batu sempadan adalah bertujuan untuk menentukan sempadan tanah berada di kedudukan yang betul mengikut geran tanah.  

Untuk menentukan batu sempadan tanah, kita perlu melantik pihak Jurukur yang berlesen untuk mencari dan menanda semula batu sempadan. 

Proses ini sangat penting dilakukan sebelum kerja tapak dijalankan agar tidak berlaku insiden menceroboh tanah milik orang lain serta pembaziran kos sekiranya tersilap masuk didalam sempadan kawasan lain. 

 

2.KERJA PEMBERSIHAN TAPAK 

Setiap tapak yang hendak dilakukan kerja – kerja pembinaan mestilah dipastikan berada dalam keadaan bersih dan selamat.  

Oleh itu kerja – kerja pembersihan tapak seperti menebang pokokmencuci semak– samunmembuang tunggul-tunggul kayu dan segala struktur yang berada di dalam kawasan tapak binaan wajib dilakukan pada peringkat awal. 

 

3.MERATAKAN TANAH (LEVELLING) 

Proses levelling ini perlu dilakukan bagi memastikan aras tanah berada dalam keadaan betul dan rata sebelum membina rumah.  

Ianya bagi memastikan level tanah tidak berisiko ditenggelami air sewaktu hujan dan juga banjir 

Bagi tanah yang berbukit pula ianya perlu dilakukan kerana permukaan tanah tidak sama iaitu dalam keadaan condong. Bagi tanah level tinggi perlulah di sodok dan bagi tanah level rendah perlulah ditambun untuk meratakan permukaan tanah tersebut. 

 

 4.TAMBUN TANAH 

Proses tambun tanah adalah perlu sekiranya didapati keadaan tapak binaan adalah tidak rata, tanah berbukit dan juga rendah. 

Ianya bertujuan untuk mengelakkan masalah air bertakung apabila hujan yang mana ianya boleh mengganggu kelancaran kerja – kerja pembinaan. 

Kebiasaannya tambun tanah ini perlu dilakukan dikawasan tanah rendahtanah sawah paditanah berbukittanah paya, dan lain – lain.  

Bagi tanah yang ditambun setinggi 3 kaki dan keatas perlu dibuat banteng atau ditambak agar tanah yang baru ditambun itu tidak runtuh dibahagian tepi apabila musim hujan. Ini kerana tanah baru ditambun itu belum cukup mampat dan berisiko untuk runtuh apabila hujan.

 

 5.MENYEDIAKAN LALUAN KE TAPAK (SEKIRANYA PERLU)

Proses penyediaan laluan ke tapak ini wajib dilakukan diperingkat awal iaitu semasa kerja – kerja penyediaan tapak dilakukan 

Ianya sangat penting kerana akan digunakan semasa kerja pembinaan sedang berjalan iaitu untuk laluan menghantar barang binaan dan untuk laluan kepada tuan rumah setelah rumah siap dibina nanti 

Kerja – kerja yang terlibat untuk penyediaan laluan ke tapak adalah : 

  1. a)Tambun batu crusherun sepanjang laluan 
  2. b)Memasang calvert (jika ada longkang @ parit) 
  3. c)Membuat longkang (Jika diwajibkan oleh Pihak PBT) 
  4. d)Mengetar Jalan (Jika diwajibkan oleh Pihak PBT) 

 

KOS YANG TERLIBAT DALAM PENYEDIAAN TAPAK 

1) Kos Sewa Case (Bilangan hari kerja) 

2) Kos Sewa Lori (Bilangan hari kerja) 

3) Kos Tebang Pokok 

4) Kos buat longkang (Jika Perlu) 

5) Kos Buat calvert (Jika ada longkang) 

6) Kos Tambun Tanah 

7) Kos Cari Batu Sempadan 

8) Kos Buat Benteng 

9) Kos Upah Tukang 

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Whatsapp Team D' MARAS