Ada yang tanya saya “Gaji saya sekian sekian, boleh ke saya beli rumah harga sekian sekian.” Saya jawab, boleh. Bagi semangat supaya beli rumah dari beli jubah dan tudung mahal alih-alih simpan dalam almari jugak.
Okay, perkara yang anda perlu tahu yang melayakkan anda diluluskan permohonan pinjaman perumahan ada banyak. Antaranya;
#1 – CCRIS
CCRIS (Central Credit Reference Information System) ini merupakan rekod bayaran pinjaman kita seperti, kereta, kad kredit, pinjaman peribadi. Penting ada CCRIS ini untuk pihak bank meluluskan permohonan pinjaman kita. Laporan CCRIS boleh disemak di Bank Negara Malaysia.
#2 – CTOS
CTOS ini sistem informasi rujukan. Pastikan kita juga bebas dari CTOS. Bahasa lain dia disenarai hitam. Kadangkala kita tak sedar pun kita kena CTOS disebabkan kita menjadi penjamin pada adik beradik ataupun sedara mara. Kalau dah kena CTOS , wajib langsaikan dahulu hutang tertunggak.
#3 – DSR
DSR ni bukan macam DSLR kamera itu. Debt Service Ratio adalah nisbah hutang kepada pendapatan. Semakin tinggi nisbah dia, semakin tinggilah komitmen. Pihak bank mengambil kira faktor ini untuk menentukan berapa Margin Of Financing (MOF) kita layak. Pengiraan DSR ini berlainan tiap bank namun konsep dia tetap sama. Contohnya;
Gaji Bersih: RM2000
Komitmen:
Hutang peribadi: Tiada
Hutang kereta: Tiada
Hutang kad kredit: Tiada
Dan rumah yang mahu dibeli RM130,000 bayaran bulanan dalam RM600, boleh periksa menggunakan aplikasi iMoney.
Jadi RM600/RM2000 X 100% = 30%.
Kebanyakan bank meletak maksimum DSR 60% untuk gaji pokok bawah RM3000. Bawah DSR 60% lagi bagus. Macam contoh di atas DSR 30% layak lah dapat pinjaman perumahan.
Jadi anda sudah faham bagaimana orang gaji rendah boleh beli rumah? Ya. Mereka tiada komitmen kad kredit, pinjaman peribadi dan kereta mewah import.
Hutang bukan dari institusi kewangan tidak dikira sebagai komitmen bulanan oleh pihak bank. DSR ni dijadikan panduan anda layak atau tidak. Kalau suddah mencapai DSR melebihi 60%-70% tu anda sudah tidak layak untuk beli rumah harga itu.
================================================
Antara dokumen sokongan untuk naikkan pendapatan kita;
Amanah Saham Nasional
Tabung Haji
Simpanan Tetap
Perjanjian Sewaan
Akaun Simpanan Emas/Perak
Sesetengah bank sukar untuk memberi pinjaman jika tidak pernah mempunyai apa apa pinjaman. Dengan kata lain tiada rekod CCRIS. Jika umur melebihi 30 tahun pun bank susah nak beri kelulusan.
Akhir kata, anda kena siap sedia daripada sekarang. Kurangkan berhutang tu, tingkatkan pendapatan.
Klik link ? untuk terus Whatsapp pada kami:
www.wasap.my/60189010675
www.wasap.my/60146396776
www.wasap.my/601114967483
Kunjungi pejabat kami di:
? Lot 1719-A Kg. Parit, Jalan Kubang Kacang Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Waze Saja Untuk Lebih Mudah:
? https://goo.gl/maps/1vRhvD14fJr
*Proses Melukis Pelan & Pinjaman Perumahan Pihak Syarikat Akan Uruskan
*Tertakluk Kepada Terma & Syarat
.
?’ ????? ??????????? (?) ???. ???.
?????????? ????? ?????? ????
????? ????