Beza Antara Pendawaian Fasa Satu Dan Fasa Tiga

Pendawaian fasa satu adalah situasi di mana kuasa yang dibekalkan hanya oleh satu dawai sahaja. Voltan yang dibekalkan adalah berbeza secara berkala. Lebih mudah faham, fasa satu ni voltan dia ada menaik menurun setiap masa dan tidak sama secara berterusan.
Untuk yang fasa tiga, ia dibekalkan menggunakan 3 wayar yang membawa arus. Arus bergantian pada setiap kabel mempunyai frekuensi dan voltan puncak yang sama. Maksudnya, kuasa yang dibekalkan akan berterusan. Jadi, takkan ada masalah wiring shock!

Saya nak share sikit tentang bil elektrik utk satu fasa dan tiga fasa..
Tentang bil elektrik, tarif satu fasa dan tiga fasa untuk rumah adalah sama.
Sepatutnya kos bil elektrik adalah sama tidak kira korang menggunakan 1 fasa atau 3 fasa.
.
.
Ada yang mendakwa bil elektrik lebih jimat jika menggunakan pendawaian 3 fasa, tetapi secara matematiknya mengikut kiraan yang tepat, penjimatan tidak berlaku sekiranya bekalan elektrik dari TNB adalah ‘bersih’.
TERPULANG PADA PENERIMAAN MASING-MASING.
.
.
1 fasa dan 3 fasa adalah lebih kepada penggunaan bebanan elektrik yang ditanggung oleh sesebuah rumah tu untuk jangka masa panjangnya..

Sebagai contoh, sekiranya rumah korang ada 9 biji aircond dan menggunakan bekalan 1 fasa, kemungkinan kabel utama rumah korang lebih cepat panas dan boleh menyebabkan kabel cepat cair. Ialah satu kabel je yg tampung semua beban penat lah dia kan..

Tetapi.. jika menggunakan bekalan 3 fasa,
9 biji aircond tu akan dibahagikan pada 3 fasa (RED, YELLOW DAN BLUE),
jadinya setiap fasa hanya menanggung 3 biji aircond sahaja. Kan lebih selamat dan tak terbeban kabel tu?

Tips untuk mengurangkan bil elektrik rumah korang melambung mencanak naik salah satu caranya ialah korang boleh gunakan saiz kabel ke point beban dengan menggunakan kabel yg lebih besar dari standard terutama pada point aircond.
Saiz standard adalah 2.5mm untuk aircond kegunaan di rumah.
Anda boleh gunakan saiz 4mm atau 6mm untuk mempercepatkan arus masuk.
Kenapa mcm tu?
Semua tahu aircond perlukan kuasa yang tinggi.
Lebih-lebih lagi semasa aircond mula dihidupkan. Ia memerlukan arus yg agak tinggi semasa dihidupkan untuk menyejukkan ruangan bilik atau ruang tamu rumah korang tu..
Dengan saiz kabel yg besar, ia dpt membantu meringankan arus yg masuk lebih cepat dan tidak terbeban.
Tapi.. penggunaan kabel yg besar memerlukan kos yg tinggi pada mulanya, tinggi pada kos barang saja dan murah pada hari-hari akan datang.. InsyaAllah.
Kalau korang jenis mmg buka aircond 24jam – 7hari seminggu, please lah jgn cakap pasal penjimatan.. haha
Yg tu mmg melambunglah bil letrik tu..

Tips lain adalah menggunakan alat elektrik yg mempunyai simbol save energy.. contoh aircond jenis inverter.. Sekarang dah macam-macam jenis ada kat pasaran tu.. korang pilih lah yg mana korang suka..
.
.
So… Terpulanglah kepada anda samada anda mahu untuk menaiktaraf kepada pendawaian tiga fasa atau tidak. Cuma, kerja menaiktaraf ini memerlukan kos tambahan yang lebih sikit. Semuanya bergantung pada situasi dan bergantung pada harga barang dan upah kontraktor menjalankan kerja.

 

Deposit meter yg perlu di jelaskan kpd TNB. Harga anggaran mengikut keadaan rumah bagi domestik (tidak termasuk upah kontraktor).
Harga tu deposit tnb je.. Upah kerja dan barang-barang lain seperti DB, kabel dan lain2 tu bergantung pada jarak dan kerja dan juga pada kontraktor.. pandai-pandai lah korang deal.
.
.
TNB menggalakkan pendawaian elektrik sesebuah rumah dinaiktaraf kepada sistem 3 fasa sekiranya bil elektrik bulanan melebihi RM300 atau penggunaan arus elektrik melebihi 50A.
Bagi pandangan saya, saya akan memilih pendawaian fasa tiga kerana ianya lebih tahan. Walaupun kos untuk pemasangannya agak mahal, tapi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan bil elektrik kita melambung tinggi tiap2 bulan lebih2 lagi kalau rumah tu guna aircord sampai 10 biji dalam rumah!

 

Klik link ๐Ÿ‘‡ untuk terus Whatsapp pada kami:

 

www.wasap.my/60189010675

www.wasap.my/60146396776

www.wasap.my/601114967483

 

Kunjungi pejabat kami di:

๐Ÿ“Œ Lot 1719-A Kg. Parit, Jalan Kubang Kacang Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

 

Waze Saja Untuk Lebih Mudah:

๐Ÿ“Œ https://goo.gl/maps/1vRhvD14fJr

 

*Proses Melukis Pelan & Pinjaman Perumahan Pihak Syarikat Akan Uruskan

*Tertakluk Kepada Terma & Syarat

 

๐——โ€™ ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€ ๐——๐—ฒ๐˜ƒ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ฝ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜ (๐— ) ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป. ๐—•๐—ต๐—ฑ.

๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฟ ๐—ฅ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—œ๐—ฑ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ

๐—ฆ๐—ถ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿณ

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Whatsapp Team D' MARAS