Kemudahan Pengeluaran Akaun 2 KWSP Untuk Perumahan

Terdapat ramai rakyat kita kini hanya mengetahui KWSP hanya boleh membuat pengeluran apabila sudah bersara nanti iaitu apabila usia 55 atau 60. Tahukah anda KWSP mempunyai dua akaun iaitu terbahagi kepada akaun 1 dan akaun 2. Setiap akaun ini mempunyai fungsi mereka tersendiri. Posting ini, saya akan menerangkan salah satu fungsi bagi akaun 2 KWSP iaitu pengeluaran untuk perumahan.

 

Terdapat 3 perkara yang membolehkan kita untuk membuat pengeluran bagi akaun 2 KWSP untuk perumahan:

 

  1. MENGURANG/MENYELESAIKAN BAKI PINJAMAN PERUMAHAN

Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan. Perkara ini dapat mempercepatkan pemilikan rumah anda.

 

  1. ANSURAN BULANAN PINJAMAN PERUMAHAN

Di dalam usaha untuk meringankan beban pemilik rumah, KWSP telah memperkenalkan pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan. Tujuan manfaat ini adalah bagi meringankan beban ansuran bulanan. Membayar ansuran bulanan bukanlah satu perkara yang mudah, terutama untuk mereka yang mempunyai komitmen yang semakin bertambah. Supaya jika anda terhimpit dengan keadaan kewangan yang tidak menentu, anda boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk membantu membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai.

 

  1. MEMBELI/ MEMBINA RUMAH

Pihak KWSP juga membenarkan ahli membuat pengeluaran Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah dan membantu ahli membina rumah impian mereka. Membina sebuah rumah merupakan pelaburan yang terbesar bagi ahli. Kebanyakan kita, harga hartanah yang melonjak tinggi memusnahkan impian untuk memiliki rumah. Sebab itu, keputusan untuk membeli hartanah merupakan keputusan yang besar bagi ahli dan untuk merealisasikan persaraan yang selesa.

 

 

Jom Bina Rumah Idaman Dengan Cari Kontraktor Yang boleh dipercayai

 

Jika anda mempunyai tanah yang ingin di bina rumah di sekitar kawasan di dalam negeri Kelantan dan Terengganu maka pihak kontraktor yang patut anda pertimbangkan adalah Dโ€™Maras Development (M) Sdn Bhd yang sememangnya telah tertubuh selama 13 tahun dalam bidang pembinaan kerana kecekapan dan kepakaran yang sangat bagus demi untuk menyiapkan rumah kediaman mengikut rekabentuk,kos dan juga had masa yang telah dipersetujui.

 

Klik link ๐Ÿ‘‡ untuk terus Whatsapp pada kami:

 

www.wasap.my/60189010675

www.wasap.my/60146396776

www.wasap.my/601114967483

 

Kunjungi pejabat kami di:

๐Ÿ“Œ Lot 1719-A Kg. Parit, Jalan Kubang Kacang Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

 

Waze Saja Untuk Lebih Mudah:

๐Ÿ“Œ https://goo.gl/maps/1vRhvD14fJr

 

*Proses Melukis Pelan & Pinjaman Perumahan Pihak Syarikat Akan Uruskan

*Tertakluk Kepada Terma & Syarat

 

๐——โ€™ ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€ ๐——๐—ฒ๐˜ƒ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ฝ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜ (๐— ) ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป. ๐—•๐—ต๐—ฑ.

๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฟ ๐—ฅ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—œ๐—ฑ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ

๐—ฆ๐—ถ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿณ

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Whatsapp Team D' MARAS