4 Jenis Ikatan Bata

kekuatan sesebuah dinding yang dibina dipengaruhi jenis ikatan bata yang digunakan. Berikut merupakan 4 jenis ikatan bata yang biasa digunakan di Malaysia.

1) Ikatan Sisi bata
Ikatan ini khas digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata atau 112.5mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada kepalanya. Lekapnya ialah ½ bata. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu batasetengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Contoh ikatan ini ditunjukkan dalam rajah. Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi. Oleh sebab itu, ia digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembok landasan, semperong dan tembok-tembok dalam struktur berangka di mana tiada beban berat yang disokong.

2) Ikatan Kepala Bata

Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan ini mengandungi kepala bata sahaja. Rajah menunjukkan pandangan hadapan dan pelan bagi sebahagian tembok lengkung yang dibina dengan ikatan kepala bata. Sambungan mortarnya merupakan bentuk huruf V. Jenis ikatan ini sesuai digunakan pada bahan asas atau pada tembok yang berbentuk bulat atau melengkung.

3) Ikatan Inggeris

Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun dengan satu lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang seli. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang berterusan. Rajah menunjukkan pelan tegak hadapan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan Inggeris.

4) Ikatan Flemish

Ikatan ini adalah mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang seli dalam satu lapisan yang sama. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu ¼ bata. Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam tembok tetapi tidak kelihatan pada permukaan tembok. Apabila kedua-dua belah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish, ia dinamakan ‘Flemish Kembar’. Jika sebelah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish dan sebelah yang lain pula menunjukkan susunan Inggeris maka ia dinamakan ‘Flemish Tunggal’. Ikatan ini dapat menghasilkan kedua-dua belah yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan yang lain. Oleh sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk membina tembok yang tidak akan dilepa.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Whatsapp Team D' MARAS