10 Tips Hiasan Ruang Tamu Supaya Nampak Moden, Cantik & Elegan

Bosan dengan dekorasi dan hiasan ruang tamu yang lama? Sudah lama tak menyusun ruang tamu dengan susun atur yang baru dan lebih kemas?

Inilah masanya untuk anda lakukan semua itu. Desain dan susun letak yang baru dapat membangkitkan semula semangat dan rasa cinta pada rumah anda.

Ini sangat penting, kerana dimana lagi tempat yang paling tenang dan menyegarkan untuk anda berisitirehat bersama keluarga kalau bukan di ruang tamu rumah anda.

Kini telah banyak jenis-jenis dekorasi yang boleh anda pilih dan susun.  Deco gaya English, gaya Jepun, gaya Melayu, klasik, vintage dan bermacam-macam lagi susun atur dekorasi rumah yang popular.

Kali ini, biar kami bantu anda dengan senarai tips hiasan ruang tamu dan puluhan idea untuk anda berkreatif.

10 Tips Hiasan Ruang Tamu Supaya Nampak Cantik Dan Kemas

1. Pilih Mood Yang Sesuai Dengan Warna Pilihan Anda

Warna yang anda pilih akan memberi kesan kepada emosi dan mood anda dan keluarga di ruang tamu. Warna boleh memberi tenaga atau menenangkan minda.

Sebagai contoh, warna biru muda dan putih menjadikan ruang tamu nampak lebih luas dan rasa lebih tenang dan menyejukkan. Pastikan ada keseimbangan dalam pilihan warna anda.

2. Mulakan Dengan Menghias Dinding Terlebih Dahulu

Walau apa pun rancangan dekorasi anda, mulakan dengan menghias dinding terlebih dahulu. Sama ada hanya sekadar mengecat dengan warna baru atau pun menggunakan wallpaper, pastikan ianya sesuai dengan mood yang anda pilih

Kini sudah semakin mudah untuk anda dapatkan wallpaper berkualiti dengan harga yang murah. Pilihan kedai seperti Kaison, Mr DIY dan Daiso boleh buat kita jadi rambang mata. Apa-apa pun, stick to the plan.

3. Pilih Perabot Yang Betul

Sekiranya anda memang dah berniat untuk beli perabot baru, pastikan beli reka bentuk dan desain perabot yang betul seiring dengan rancangan kita.

Dan lebih baik sekiranya anda tidak membeli dari satu kedai yang sama sahaja. Pelbagaikan supaya ruang tamu anda tidak nampak seperti showroom di kedai perabot.

Satu lagi perkara, ukur dan buat kiraan di setiap sudut ruang tamu anda. Jangan longgokkan perabot terlalu banyak sekiranya ruang tamu anda kecil.

4. Desain Titik Fokus

Titik fokus ialah kawasan di mana apabila anda masuk sahaja ke ruang tamu, ruang itu akan menjadi fokus mata anda.

Anda boleh mulakan dengan memilih frame gambar yang besar atau sofa yang menyerlah warnanya berbanding perabot-perabot lain di ruang tamu.

Hias ruang tamu dengan merujuk kepada titk fokus tadi.

5. Pilih Palet Warna

Samada anda berminat dengan warna jenis monochromatik atau skema warna yang lebih moden, pastikan anda pilih dengan baik.

Untuk lebih mudah, anda boleh sahaja membuat carian di internet dengan carian “Color Pallete for Home Decor”.

Dengan palet warna, anda lebih senang untuk mencantumkan keratan-keratan puzzle dekorasi ruang tamu anda supaya nampak lebih bersih, dan tersusun.

6. Seimbangkan Antara Fungsi Dan Cantik

Dalam kata mudahnya, jangan beli dan letak sesuatu perabot hanya kerana cantik. Fikirkan sekali fungsinya.

Sebagai contoh, anda berminat dengan sofa Scandinavian yang mempunyai 2 tempat duduk kerana warnanya yang cantik. Sedangkan, keluarga anda sendiri seramai 6 orang. Jadi, ianya kurang sesuai.

Selain itu, pastikan juga ruang tamu anda dapat berfungsi dengan baik selepas anda membuat dekorasi.

7. Bagi Perhatian Kepada Pencahayaan
Sebenarnya agak mencabar untuk memastikan ruang tamu anda mendapat pencahayaan yang betul dan nampak cantik sekaligus.
Sekiranya ruang tamu anda menerima cahaya matahari dengan banyak,anda mungkin boleh kurangkan lampu.
Apa-apa pun, setelah anda pilih apa yang anda mahukan, barulah fokus mencari jenis lampu yang sesuai untuk dimasukkan dalam skema hiasan anda.

8. Pilih Hiasan Lantai Yang Selesa
Bagi memastikan ruang tamu anda satu ruang yang dapat berfungsi dengan baik, anda perlu pastikan lantai anda selesa untuk dipijak dan nampak cantik.
Pilihan seperti permaidani, tikar atau pun karpet mestilah nampak semulajadi dan membangkitkan nilai ketenangan dan estetik pada ruang tamu anda.

9. Susun Perabot Untuk Keluarga
Pastikan susun atur perabot anda memudahkan untuk anda menghabiskan masa berkomunikasi dan berinteraksi bersama-sama keluarga.
Bagi mereka yang ada anak kecil, perlu disediakan ruangan untuk mereka bermain dan dalam pantauan anda. Selain itu juga susunan yang betul dapat membangkitkan rasa sayang sesama ahli keluarga.

10. Hias Ruangan Tingkap
Tidak seperti masyarakat Barat, di Malaysia kita lebih cenderung untuk menutup ruangan tingkap atau pintu bagi memelihara aurat dan rahsia keluarga kita.
Jadi, pilihlah langsir yang sesuai dengan desain, tidak terlalu tebal dan nampak elegan. Paling penting pastikan ada cara atau mekanisma bagi langsir tersebut tidak menghalang 100% pencahayaan dari masuk ke dalam ruang tamu.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Whatsapp Team D' MARAS