KONTRAKTOR VS TUKANG KAMPUNG

KONTRAKTOR VS TUKANG KAMPUNG

Mana satu yang harus saya pilih?

Siapa tukang?

Tukang adalah orang yang mahir dalam kerja pertukangan rumah.

Sebenarnya terdapat banyak kategori tukang rumah dan tiada tukang yang mahir dalam semua kerja.

Antara jenis-jenis tukang adalah tukang kayu,tukang besi dan pelbagai lagi

 

Siapa kontraktor?

Kontraktor adalah mereka yang berdaftar dengan pihak CIDB atau mana-mana badan berwajib yang berkaitan dan keperluan lesen mereka adalah dibawah selia oleh badan-badan berwajib tersebut.

 

Jadi mengapa perlukan kontraktor?

  • Kontraktor adalah berdaftar dan dikawal selia oleh badan kerajaan
  • Tetapi tidak pada tukang. Sekiranya berlaku sesuatu insiden, kita tidak boleh menyaman atau menuntut sesuatu daripada seorang tukang.

 

Saya ingin membina rumah dia atas tanah sendiri,adakah saya memerlukan kontraktor atau tukang?

Pilihan terletak 100% di tangan kita, sekiranya kita mempunyai bajet dibawah RM100,000 lebih baik untuk memilih opsyen menggunakan tukang. Tetapi jika kita mempunyai bajet besar, misalnya RM 1 juta. Menggunakan khidmat tukang adalah tidak masuk akal.

 

Saya nak buat rumah dari pembiayaan bank, tukang atau kontraktor yang perlu saya pilih?

Jika rumah kita adalah dengan pembiayaan bank, rumah tersebut memerlukan CF/CCC (certificate of fitness atau certificate of completion and compliance). Keperluan CCC tidak boleh dipenuhi oleh tukang.Anda sememangnya memerlukan kontraktor bertauliah bagi menjalankan kerja binaan.

 

Apakah kelebihan dan kekurangan tukang ?

KELEBIHAN TUKANG

  • Kos lebih jimat.
  • Anda boleh memilih tukang kita sendiri.
  • Boleh tambah-tambah kerja tanpa perlu sebarang sebutharga.
  • Anda berkuasa ditapak.

KEKURANGAN TUKANG

  • Tiada jaminan waranti.
  • Tiada sebarang kontrak.
  • Hasil kualiti di tentukan oleh tukang.
  • Tiada jaminan tukang akan siapkan kerja mengikut masa ditetapkan
  • Keperluan barang adalah tanggungjawab kita.
  • Tapak binaan adalah tanggungjawab kita, sebarang masalah ditapak adalah urusan kita.

 

Apakah kelebihan dan kekurangan kontraktor ?

KELEBIHAN KONTRAKTOR

  • Segalanya bertulis, kita mempunyai kontrak kerja yang dilindungi undang-undang.
  • Lebih profesional dengan ada staf-staf yang boleh membantu kita dalam membuat pemilihan serta khidmat nasihat
  • Perjalanan kerja lebih teratur dengan pemantauan dan penyeliaan tapak
  • Pembayaran adalah mengikut jadual yang telah dipersetujui .
  • Ada jaminan waranti dengan khidmat selepas jualan.
  • Masalah ditapak bukan tanggungjawab kita

KEKURANGAN KONTRAKTOR

  • Anda tidak berkuasa ditapak, pekerja ditapak dibawah arahan kontraktor yang telah kita lantik.
  • Anda tidak boleh menukar kerja sewenang-wenangnya, segalanya telah termaktub di dalam kontrak
  • Kos yang lebih tinggi. Mereka ada staff yang perlu dibayar gaji, pejabat yang perlu disewa.

 

KESIMPULAN

  • Pilihan sebenarnya terletak ditangan kita. Jika kita rasa boleh mengambil alih tugas kontraktor kerana risiko yang kecil, lebih sesuai untuk kita terus mengajikan tukang.
  • Hati-hati dengan keputusan kita, kontraktor juga ramai yang tidak bertauliah dan tidak profesional. Kesilapan kita memilih kontraktor boleh menyebabkan kita kerugian. Jangan hanya letakkan pada kos sahaja.

JOM REALISASI IMPIAN ANDA DENGAN MEMILIH KAMI, D’MARAS DEVELOPMENT SEBAGAI KONTRAKTOR BINA RUMAH IDAMAN ANDA 🙂

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Whatsapp Team D' MARAS