SYARAT MEMBELI TANAH DI KELANTAN

SYARAT MEMBELI TANAH DI KELANTAN .

TAHUKAH ANDA HANYA ORANG KELANTAN SAHAJA DIBENARKAN MEMILIKI TANAH/RUMAH DI KELANTAN? .

BAGAIMANA PULA JIKA ORANG LUAR MAHU MEMBELI TANAH DI KELANTAN?

BOLEH KE? . SILA BACA POSTING INI SAMPAI HABIS .

Mengikut ‘Enakmen Tanah Kelantan 1938’, anak Kelantan sahaja boleh memiliki tanah mahupun rumah di Kelantan.

Tahukah anda ? Definisi anak Kelantan terbahagi kepada 5,

iaitu :

a) sesiapa yang lahir di Kelantan dan bapanya adalah Melayu

b) sesiapa yang lahir di Kelantan dan ibunya adalah Melayu, manakala bapanya adalah Muslim

c) sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja tetapi bapanya adalah Melayu dan lahir di Kelantan.

d) sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja dan ibu bapanya adalah Melayu dan telah menetap sekurang-kurangnya 15 tahun di Kelantan.

e) sesiapa yang lahir di Kelantan dan bapanya juga lahir di Kelantan.

Jadi sebagai contoh, walaupun seseorang itu mempunyai IC luar Kelantan (bukan 03) selagi mana beliau dalam KATEGORI C) dan D) juga boleh memiliki hartanah rizab Melayu di Kelantan.

 

SOALAN CEPUMAS – JIKA SESEORANG ITU DAN IBU BAPANYA TIDAK LAHIR DI KELANTAN, Adakah BELIAU Dapat membeli tanah/rumah di kelantan ?

Ya, boleh.

orang luar boleh membeli tanah di Kelantan dengan syarat ‘mendapat kelulusan’ daripada Exco negeri.

Permohonan boleh dibuat di pejabat exco negeri di Wisma SUK (Setiausaha Kerajaan).

Antara ‘syarat asas’ pertimbangan permohonan pembelian tanah bagi orang luar adalah :

“orang luar tersebut haruslah tinggal dan bekerja di Kelantan

Proses kelulusan pula boleh mengambil masa di antara empat hingga enam bulan.

 

JOM REALISASI IMPIAN ANDA DENGAN MEMILIH KAMI, D’MARAS DEVELOPMENT SEBAGAI KONTRAKTOR BINA RUMAH IDAMAN ANDA 🙂

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Whatsapp Team D' MARAS