MEMBINA RUMAH VS MEMBELI RUMAH | D'MARAS Development

MEMBINA RUMAH VS MEMBELI RUMAH

Apabila ingin memiliki rumah, perkara ini sering menjadi dilema kepada pembeli, sama ada ingin membeli rumah dari pemaju atau membina rumah dengan kontraktor.

 

Apakah faktor yang perlu dititik beratkan dalam membuat keputusan ini ??

1.LOKASI KEDIAMAN

Adakah kawasan yang anda mahukan lokasinya terletak di luar bandar atau dalam bandar?

Bagi kawasan luar bandar, tanah lot adalah mudah untuk dicari dan harganya lebih murah berbanding tanah di bandar.

Jika kawasan tersebut adalah bandar, rumah siap adalah lebih mudah dicari. Sama ada rumah baru siap atau sub-sale (secondhand)

2. HARGA RUMAH

Jika harga rumah di lokasi anda minati berharga terlalu tinggi, langkah membina rumah sendiri adalah pilihan terbaik.

Bagaimana untuk mengetahui harga kediaman yang kita ingin beli itu munasabah atau tidak jika dibanding dengan membina sendiri?

Anda boleh check harga rumah di laman web mudah.my atau hubungi agen yang berdaftar

3. KEMUDAHAN PRASARANA

Sekiranya rumah yang ingin kita beli atau bina itu kosnya rendah tetapi jauh dari segi kemudahan prasarana, ia tidak semestinya berbaloi.

Sebagai contoh, sekolah terdekat dari kediaman kita berjarak lebih 10km dari rumah, sudah tentu kos pengangkutan untuk anak bersekolah akan meningkat.

Begitu juga jika kemudahan prasarana semuanya dekat tetapi dari segi keselamatan, mempunyai kadar jenayah yang tinggi, atau kesesakan trafik yang teruk, ia akan menganggu kualiti hidup kita

4. REKA BENTUK RUMAH

Ini adalah salah satu kelebihan kepada mereka yang ingin membina rumah.

Kita boleh mengikut citarasa yang kita mahukan serta susun atur yang kita sukai berbanding dengan membeli rumah yang dijual oleh pemaju.

 

KESIMPULAN

Terdapat banyak faktor yang perlu dititik beratkan dalam membuat keputusan sama ada membeli rumah atau membina rumah.

Pilihlah faktor yang paling penting dan mengikut bajet kita.

Kepada sesiapa yang sudah pun memiliki tanah, membina rumah adalah sangat berbaloi kerana tidak perlu mengeluarkan kos untuk membeli tanah

Manakala pada sesiapa yang belum mempunyai tanah, anda boleh membuat perbandingan harga di laman web yang sah atau hubungi agen yang berdaftar.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *