Panduan Asas Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Apakah anda ingin rumah anda dibina mengikut citarasa kemahuan anda?

Apakah anda ingin rumah idaman anda dibina pada kualiti yang baik dengan kos murah?

Apakah kriteria kontraktor anda, adakah berdasarkan kawan? Saudara? Atau yang bagaimana?

Sebagai asas atau pengetahuan terhadap diri anda,  anda harus memahami serba sedikit tentang proses membinaan rumah diatas tanah sendiri. Boleh dikatakan 80% rakyat Malaysia tidak tahu prosesnya. Kebanyakan mereka hanya menyerahkan 100% kepada kontraktor dan penguam untuk menguruskan pembinaan rumah.

Hari ini, terdapat pelbagai skim atau pakej pembinaan rumah yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat pembinaan dengan membuat tawaran  harga yang menarik dan sesetengahnya dengan harga yang tidak masuk akal. Anda harus berhati-hati dengan tawaran tersebut supaya anda tidak tertipu dan menyesal dikemudian hari. Ramai juga  yang menghadapi masalah di tipu oleh pihak kontraktor.  Kebanyakan mereka ini tidak ambil berat soal perjanjian dan terlalu mempercayai kontraktor. Anda wajib mengetahui intipati perjanjian dan spesifikasi rumah anda. Selalunya pihak kontraktor  tidak menjelaskan secara terperinci tentang perkara-perkara  yang harus anda ketahui terutama kandungan perjanjian dan spesifikasi rumah. Adalah menjadi tugas anda bertanyakan hal-hal ini dengan kontraktor.

Antara perkara yang selalu di hadapi oleh pelanggan adalah:-

a) Kos Pelan Rumah yang tinggi
b) Yuran peguam (lawyer fees) yang tinggi
c) Spesifikasi rumah yang dibina tidak menepati spesifikasi seperti didalam perjanjian.
d) Kualiti rumah yang dibina adalah rendah
e) Menghadapi masalah kelewatan kerja dan kadang – kadang tergendala/terbengkalai.

Antara langkah-langkah yang perlu anda ambil sebagai panduan untuk membina rumah atas tanah sediri. Berikut adalah Panduan Asas Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

1. Kenali Lokasi Tanah Anda
Pastikan lokasi tanah anda adalah berhampiran dengan kemudahan air, elektrik dan jalan raya. Jika jauh, kos tambahan terpaksa anda tanggung. Adakah jalan masuk ke tanah anda ditenggelami air semasa hujan lebat atau musim tengkujuh? Sebaik-baiknya lokasi tanah anda adalah berhampiran dengan rumah kejiranan sedia ada.

2. Membuat Pelan Rumah
Sebelum membuat rekabentuk dan pelan rumah, sebaik-baiknya anda membuat tinjauan beberapa rumah yang anda minati reka bentuknya terlebih dahulu. Kalau boleh, masuki rumah tersebut dan tentukan kedudukan ruang-ruang didalam rumah dan spesifikasi rumah tersebut. Kalau boleh, dapatkan pelan lantai dari tuan rumah atau kontraktor berkaitan.

Ini akan memudahkan anda untuk membuat rujukan bila  membuat pelan rumah nanti. Kemudian, pilihlah reka bentuk yang bersesuaian dengan citarasa anda. Berbincang dengan pelukis pelan tentang pelan rumah, reka bentuk rumah, kos pelan ruman dan anggaran kos untuk membina rumah tersebut. Jika anda tidak ada pengalaman, berbincanglah  dengan kontraktor anda.

3.Membuat Spesifikasi Rumah
Spesifikasi rumah amat penting kerana ianya menentukan kos pembinaan dan kualiti sesebuah rumah. Sebelum melantik kontraktor, sepatutnya anda membuat spesifikasi rumah terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak mampu  membuatnya, anda boleh berbincang dengan kontraktor. Spesifikasi ini amat penting supaya kedua-dua pihak berpuashati  semasa penyerahan kunci rumah nanti. Dengan adanya spesifikasi ini, ianya akan memudahkan kontraktor untuk membuat sebut harga dan membina rumah anda.

Contoh Spesifikasi :-

  • Atap – atap genting jenama Monier jenis contour
  • Besi – mengikut spesifikasi pelan rumah (ikut spec JKR)
  • Pintu – pintu utama kayu Nyatuh (atau setara) atau meranti
  • Mangkuk tandas berharga RM350 (apa2 jenis brand seperti Caresan)
  • Cat – jenis Kasai atau Jotun (jaminan 5 tahun)
  • Bumbung – kayu kelat atau berubat Malaysia
  • Siling – siling kapur untuk semua ruang dalaman, veranda dan parking kecuali siling tandas
  • Mozek – disemua tempat rumah – bilik tidur (saiz 16 inci, lingkungan harga RM3.80 semua corak dan jenis), Ruang keluarga dan tamu (saiz 20 inci, lingkungan harga RM4.80 sekeping, semua corak dan jenama menyebabkan kulat pada dinding rumah. Kebanyakan kontraktor lain hanya beri sehingga 5 kaki sahaja.
  • Sinki dlm tandas harga sekitar RM150++. Sinki dapur 3 lubang harga sekitar RM300++
  • Longkang – jenis glace (berkilat)
  • Letrik – Punca kuasa untuk lampu, kipas. Pendawaian jenis 3-phase.
  • Piping – Paip, shower adalah jenis chrome.

4. Pemilihan kontraktor
Pemilihan kontraktor amat penting kerana merekalah yang akan membina rumah anda.  Dapatkan maklumat beberapa kontraktor. Senarai pendek dua atau tiga  kontraktor yang  terbaik.  Jangan terpengaruh dengan kontraktor yang merupakan kawan anda atau yang dicadangkan oleh kawan baik anda atau saudara mara anda.

Rumah anda berharga ratusan ribu ringgit. Pilihlah kontraktor yang berpengalaman dan mempunyai track-rekod yang baik.  Tempoh paling lama untuk menyiapkan rumah adalah setahun. Kontraktor yang berpengalaman biasanya dapat menyiapkan rumah kurang dari 6 bulan.

5. Sebutharga Kos Pembinaan Rumah
Senarai pendek dua atau tiga kontraktor yang  terbaik. Dapatkan sekurang-kurangnya dua atau tiga  sebutharga dari kontraktor ini berdasarkan spesifikasi yang telah anda tetapkan. Sebutharga sesebuah rumah bergantung kepada spesifikasi rumah, kos pekerja dan lokasi rumah.Pesanan kami, jangan terpengaruh dengan sebutharga yang murah atau pakej-pakej bina rumah yang murah.

Sebut harga  yang rendah  biasanya menggunakan bahan binaan yang kurang berkualiti atau menggunakan pekerja yang kurang mahir.Sebutharga hendaklah berdasarkan spesifikasi anda. Jika tidak, anda akan mempunyai pelbagai sebut harga dan perbagai spesifikasi. Ini akan menyukarkan anda untuk memilih kontraktor yang terbaik.

Oleh itu saranan kami, anda sediakan spesifikasi terlebih dahulu, kemudian dapatkan sebutharga berdasarkan spesifikasi tersebut.Note: Sebutharga murah biasanya dibuat oleh kontraktor yang kurang berpengalaman ,  menggunakan bahan binaan yang kurang bermutu, cara binaan yang tidak menepati standard atau menggunakan pekerja kurang mahir

6. Kaedah Pembayaran Kepada Kontraktor
JADUAL BAYARAN BERPERINGKAT (PROGRESS)

ANSURAN YANG KENA DIBAYAR PERATUSAN (%) JUMLAH (RM)
1 Setelah perjanjian selesai ditandatangani 10% 30,000.00
2 Dalam tempoh 21 hari selepas peminjam menerima notis bertulis dari kontraktor menyatakan siapnya:
a)      Kerja asas dan pertapakan bangunan. 10% 30,000.00
b)      Krangka konkrit bertetulang bangunan. 15% 45,000.00
c)      Dinding banguna tersebut beserta rangka pintu dan tingkap dipasang dengan tepat. 10% 30,000.00
d)      Memasang bumbung, pendawain elektrik dan saluran paip pada bangunan tersebut. 10% 30,000.00
e)      Kerja melapis dalam dan luar bangunan tersebut. 10% 30,000.00
f)       Parit,saluran najis dan jalan pada bangunan tersebut. 15% 45,000.00
3 Semasa serahan pemilikan kosong dan sambungan bekalan elektrik dan air pada bangunan. 15% 45,000.00
4 Dipegang oleh peguamcara sebagai pemegang pertaruhan untuk bayaran kepada kontraktor 5% 15,000.00
a)      Apabila tamat tempoh 6 bulan selepas serahan pemilikan kosong – (2.5%)
b)      Apabila tamat tempoh 12 bulan selepas pemilikan kosong – (2.5%)
JUMLAH 100 300,000.00

 

Jika anda membuat pinjaman perumahan melalui LPPSA atau bank, pihak mereka akan membuat bayaran kepada kontraktor mengikut peringkat  siap pembinaan rumah (progress). Anda tidak perlu risau tentang pembayaran ini kerana mereka mempunyai jadual khas untuk setiap peringkat pembayaran.

Sekiranya anda membuat bayaran secara tunai, sebaik-baiknya anda membayarnya mengikuti jadual diatas iaitu bayaran mengikut peringkat pembinaan rumah anda. Dibawah adalah jadual pembayaran berdasarkan  peratusan siap sesebuah rumah :

7. Kualiti Sesebuah Rumah
Kualiti binaan sesebuah rumah bergantung kepada perkara-perkara berikut :

a)Bahan binaan
b)Spesifikasi rumah

  • Kemahiran pekerja (workmanship)
  • Sikap kontraktor/pemaju
  • Pengawasan – samaada dari kontraktor atau anda sendiri

8. Lawatan Semasa Pembinaan

Semasa dalam pembinaan, sebaik-baiknya anda pantau pembinaannya, paling kurang sebulan sekali. Lagi kerap lagi baik. Kalau boleh, bawalah rakan anda yang mempunyai pengalaman dalam pembinaan rumah

9. Penyerahan Kunci

Sebelum penyerahan kunci dibuat, anda hendaklah memastikan rumah anda siap sepenuhnya. Sekiranya ada perkara-perkara yang anda tidak puashati, berbincanglah dengan kontraktor. Selepas anda berpuas hati, bolehlah anda menerima kunci rumah anda.

 

 

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Whatsapp Team D' MARAS