Memiliki kediaman sendiri memang sudah menjadi salah satu impian penting untuk semua orang namun sayangnya tidak semua rumah yang telah siap didirikan oleh pemaju itu menepati kriteria yang di cari oleh seseorang individu. Soal rekabentuk yang kurang menepati citarasa malah masalah ruangan tanah yang agak terhad juga sering dijadikan isu hingga lebih sanggup untuk memiliki tanah sendiri untuk dibangunkan rumah kediaman idaman meskipun proses untuk memiliki rumah di atas tanah sendiri ini lebih lama berbanding dengan membeli rumah yang telah siap didirikan sepenuhnya oleh pemaju yang banyak terdapat di merata negeri dan menunggu pemilik sah untuk mendudukinya.
Membina rumah di atas tanah sendiri itu tidak salah malah sebenarnya ia adalah salah satu cara terbaik untuk memiliki rumah idaman masing-masing namun sebelum meneruskan rancangan untuk membina rumah di atas tanah sendiri ini, anda harus tahu tips bina rumah atas tanah sendiri supaya impian yang ingin anda kabulkan itu dapat berjalan dengan lancar dan sempurna tanpa mencetuskan masalah lain yang berbangkit di hadapan hari kelak.
Ketahui Tips Untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri
Untuk membina rumah di atas tanah sendiri memanglah tampak mudah pada dasarnya tapi hakikat sebenar ia tidaklah semudah yang di sangka kerana masih terdapat selok belok yang perlu untuk ketahui demi untuk mengelakkan sebarang masalah seperti rumah terbengkalai, di tipu pihak pembina dan sebagainya. Makin risau sekiranya tuan empunya tanah yang ingin membina rumah ini sama sekali tidak punya pengalaman bagaimana untuk menjayakan misi membina rumah di atas tanah sendiri ini dek kerana baru saja ingin memiliki rumah yang pertama.
6 tips bina rumah atas tanah sendiri tersebut adalah :
- Pastikan nama diri sendiri ada terpampang di dalam geran tanah
- Jika guna khidmat dari kontraktor, sila buat site visit
- Kenal pasti bentuk muka bumi dan tanah di kawasan yang ingin didirikan rumah
- Persiapkan plan rekaan rumah yang diidamkan
- Bina rumah dengan mengikut tahap kemampuan diri sendiri
- Kenal pasti bahan dan spesifikasi rumah idaman
Tips 1 – Pastikan Nama Sendiri Ada Di Dalam Geran
Geran tanah adalah satu dokumen yang paling penting dan wajib di dalam proses pembinaan rumah kerana ia adalah bukti sahih bahawa tanah tersebut layak untuk didirikan sesebuah kediaman dan di geran tanah itu juga turut terpampang kategori untuk tanah tersebut samada untuk pertanian, komersial mahupun kediaman.
Akan tetapi terdapat satu lagi perkara yang lebih penting patut anda teliti terlebih dahulu yakni anda harus pastikan bahawa telah terdapat nama anda sendiri di atas geran tersebut sebagai pemilik tanah yang sah. Jangan nanti anda beli tanah dari individu lain dengan niat untuk terus saja membina kediaman di atas tanah itu tanpa menguruskan proses penukaran nama sehingga selesai. Ini bagi menjamin tahap keselamatan terhadap diri anda sendiri supaya tidak di tipu sehingga boleh mengalami kerugian yang besar.
Tips 2 – Kenalpasti Bentuk Muka Bumi Kawasan Bakal Penempatan
Setelah proses geran tanah selesai maka anda bolehlah meneruskan langkah seterusnya dengan mengkaji dan mengenal pasti bentuk sebenar muka bumi kawasan yang bakal didirikan rumah itu dengan lebih teliti. Jika terdapat pokok, semak samun, hutan malah akses jalan juga tidak ada maka anda dengan sendirinya perlu mengambil jalan penyelesaian dengan membersihkan kawasan tersebut dengan sebaiknya. Jika kawasan tersebut agak rendah maka anda juga harus melakukan proses menambun tanah supaya proses pembinaan nanti dapat dilakukan dengan lebih lancar dan cepat.
Tips 3 – Upah Arkitek Untuk Siapkan Pelan Reka Bentuk Rumah Yang Sesuai Mengikut Keluasan
Kelebihan yang paling utama jika membina tanah di atas tanah sendiri seperti ini adalah apabila si pemilik ini boleh memberikan idea dan juga mengemukakan kehendak bagaimana rupa kediaman yang diingini sejak sekian lama itu. Sekadar bercerita tentang apa yang diidamkan adalah agak sukar untuk difahami oleh orang lain maka cara yang paling tepat adalah dengan menyiapkan pelan reka bentuk rumah tersebut supaya jelas di kaca mata semua orang lain yang perlu terlibat sepanjang proses pembinaan rumah tersebut.
Tips 4 – Tetapkan Hati Untuk Membina Rumah Mengikut Kemampuan
Kos pembinaan ini sebenarnya boleh di kawal oleh anda sendiri kerana hakikatnya reka bentuk untuk rumah tersebut adalah hasil daripada cetusan idea anda sendiri. Anda tentukan samada ingin membina rumah kediaman di dalam bentuk banglo, semi D mahupun rumah bersaiz yang agak kecil. Tugas kontraktor adalah untuk mengikut kehendak anda dan dalam masa yang sama pihak kontraktor juga akan membantu memberi cadangan bentuk rumah mengikut budget yang telah ditetapkan sejak awal itu.
Tips 5 – Ambil Tahu Bahan Yang Digunakan Termasuk Spesifikasi Rumah
Setelah segala pelan itu siap, apa yang perlu diambil peduli adalah pada jenis-jenis bahan yang akan digunakan untuk membina rumah tersebut. Bahan yang akan digunakan ini wajib di ambil tahu satu persatu supaya sebagai pemilik akan berasa sangat selamat malah akan berasa sangat berpuashati kerana dapat tinggal di dalam rumah kediaman hasil dari cetusan idea sejak bertahun lama.
Tips 6 – Dapatkan Kontraktor Terbaik Dan Luangkan Juga Masa Untuk Membuat Site Visit
Tips terakhir yang amat penting semestinya adalah dengan mendapatkan kontraktor terbaik untuk di upah dan di beri kepercayaan untuk menjalankan misi membina kediaman impian ini. Dan juga jangan lupa untuk turun padang bagi melawat tapak pembinaan bagi turut meninjau tahap kemajuan pembinaan tersebut dari masa ke semasa.
Jom Bina Rumah Idaman Dengan Cari Kontraktor Yang boleh dipercayai
Jika anda mempunyai tanah yang ingin di bina rumah di sekitar kawasan di dalam negeri Kelantan dan Terengganu maka pihak kontraktor yang patut anda pertimbangkan adalah D’Maras Development (M) Sdn Bhd yang sememangnya telah tertubuh selama 12 tahun dalam bidang pembinaan kerana kecekapan dan kepakaran yang sangat bagus demi untuk menyiapkan rumah kediaman mengikut rekabentuk,kos dan juga had masa yang telah dipersetujui.
Klik link ? untuk terus Whatsapp pada kami:
www.wasap.my/60146396776
www.wasap.my/60167356655
www.wasap.my/601114967483
Kunjungi pejabat kami di:
? Lot 1719-A Kg. Parit, Jalan Kubang Kacang Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Waze Saja Untuk Lebih Mudah:
? https://goo.gl/maps/1vRhvD14fJr
*Proses Melukis Pelan & Pinjaman Perumahan Pihak Syarikat Akan Uruskan
*Tertakluk Kepada Terma & Syarat
?’ ????? ??????????? (?) ???. ???.
?????????? ????? ?????? ????
????? ????