Tips Kumpul Duit Deposit 10% Beli Rumah | D'MARAS Development

Tips Kumpul Duit Deposit 10% Beli Rumah

Rumah ni adalah satu aset yang boleh dikatakan semua orang nak ada. Ada yang jadikan rumah ni sebagai punca pendapatan dengan membuat pelaburan, beli pada harga yang sangat rendah, jual pada harga market. Ada sekadar untuk tinggal sendiri. Tapi kebanyakkan daripada kita susah nak beli rumah disebabkan deposit yang 10% tu.

Ada beberapa tips yang  akan  dikongsi. Tetapi, anda kena target dulu berapa anda nak simpan. Berapa harga rumah yang anda layak beli berdasarkan gaji anda. Buat semakan dengan pihak bank. Jika pihak bank kata anda layak buat pinjaman RM300k, cari la rumah yang dalam RM250k. 10% daripada harga tu adalah RM25k.

Tips Kumpul Duit Deposit

1) Save and Spend. Pernah dengar tak? Save and spend selalu diberikan oleh orang-orang yang telah berjaya membeli rumah. Mereka nasihat kan simpan dulu jumlah yang kita nak, kemudian baru guna duit baki untuk kegunaan sendiri, bukannya guna dulu baru simpan.

Contoh, anda dapat gaji RM2500 bulan ini, anda target simpan RM1000 sebulan. Terus ambil RM1000 tu dan simpan. Baki RM1500 tu la anda baru guna untuk bayar bil, makan, dan lain-lain. Nampak macam terseksa, tapi lepas dapat rumah akan berbaloi.

2) Simpan paksa. Sama macam tips satu, tetapi yang jenis ini lebih berkesan kerana akan automatik tolak daripada akaun anda ke akaun khas, contoh boleh guna maybank2u.

Secara ringkasnya, di dalam maybank2u ada satu fungsi yang mana anda boleh create/cipta satu simpanan khas macam fixed deposit. Boleh pilih berapa lama nak simpan, bila tarikh untuk akaun anda ditolak.

Berbeza dengan tips nombor 1 tadi, yang ini anda tak akan ‘termiss’ simpan atau terguna duit tu. Duit yang disimpan tak akan boleh dikeluarkan sampai la tarikh yang anda set tadi. Sistem ini lebih tegas dan berkesan.

3) Cara lain yang banyak orang kongsi juga adalah simpanan ASB. Setiap tahun anda boleh dapatkan dividen daripada ASB.  Anda boleh membuat pengiraan berapa banyak yang anda target, dan berapa tahun anda nak buat. Akhir sekali anda kena terminate financing ASB anda untuk dapatkan kembali principal. Daripada situ la anda akan dapat jumlah yang terkumpul yang boleh guna untuk jadikan deposit rumah.

4) Cara keempat pula jarang dikongsikan kerana agak berisiko dan sukar nak dilaksanakan. Caranya dengan menggunakan simpanan tahun pertama untuk membuat side bisnes yang kecil. Target bisnes kecil ini adalah dalam 1k sebulan. Keuntungan daripada bisnes kecil dijadikan simpanan dan ditambah dengan gaji anda. Hanya ada beberapa orang saja yang saya jumpa guna cara ini.

Kredit: Syafiq Azni

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *