Tips Pemilihan Tiles | D'MARAS Development

Tips Pemilihan Tiles

Setiap orang pasti teruja bila hendak pindah masuk rumah yang baru dibina kan?  Tetapi pindah rumah baru bukan sesuatu benda yang senang ya. Bermula dengan sesi penambah baikan dan juga membeli perabot serta kelengkapan rumah. Kebiasaannya tuan rumah sendiri sangat susah untuk membuat keputusan ketika memilih jenis tiles, corak dan juga warna yang sesuai untuk dipadankan. Terlalu banyak pilihan membuatkan tuan rumah susah untuk membuat pilihan.

Tiles ini bukan sahaja ada warna yang berbeza, malah jenis dan reka bentuk juga pun berbeza-beza. Kualiti dan kos juga perlu diambil kira. Sesuai ke tidak dengan citarasa kita. Kos untuk memasang tiles memang mahal. Boleh dikatakan ia antara kos besar untuk pengubahsuaian rumah. Rata-rata antara kita seringkali mengambil jalan singkat dengan memilih harga kos tiles yang murah, kerana berpendapat bahawa semua jenis tiles sama sahaja.

Sesetengah orang juga lebih cenderung untuk memilih tiles 1 kaki kerana beranggapan tiles 2 kaki tidak tahan lama, 2-3 tahun nanti akan meletup. Manakala sesetengah lagi berpendapat tiles 2 kaki ini nampak lebih cantik, dan mewah. Apa-apa pun pilihan kita, pemasangan mozek ini adalah bergantung kepada cara dan hasil kerja daripada tukang/kontraktor yg telah kita upah. Sebab itulah kita sebagai tuan rumah perlu menitikberatkan banyak aspek sebelum membuat keputusan untuk memasang mozek di rumah baru anda.

Tiles Berkualiti

Sebelum memilih jenis tiles, tanyalah orang yang berkemahiran dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pembinaan. Mereka ini pasti tahu produk atau jenama yang lebih sesuai untuk tiles rumah anda. Pentingnya, kita akan dapat mengenalpasti kualiti tiles tersebut sama ada ianya bermutu atau tidak.

Tiles yang Sesuai dan Betul

Kebiasaannya, permukaan tiles yang licin sangat sesuai untuk lantai dibilik manakala permukaan yang kasar sesuai untuk bilik air. Namun begitu, permukaan tiles yang kasar ini sukar untuk dicuci kerana kekotoran itu sangat susah hendak tanggal.

Guna Tukang Yang Mahir

Sebelum mengambil keputusan untuk memasang tiles, pastikan anda mengupah orang yang betul-betul mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang ini. Jadi, hasilnya nanti mestilah sempurna, nampak cantik dan kemas. Kalau sebaliknya, anda pasti akan menyesal kerana tidak berpuas hati dengan hasil tersebut. Oleh itu, hati-hati semasa memilih kontraktor.

Kunci Utama adalah Penjagaan Rapi

Pastikan setiap hari kita menjaga dengan baik keadaan tiles itu. Keadaan tiles ini pun boleh diibaratkan seperti baju yang kita pakai di mana kita perlu membersihkannnya jika ada kekotoran.

Jika kita salah memilih kontraktor dan ditambah pula dengan pemilihan tiles yang tidak berkualiti boleh mengakibatkan lantai menjadi pecah dan juga bercalar dalam tempoh yang singkat. Tak sampai sebulan guna, terus ada yang rosak.

Klik link ? untuk terus Whatsapp pada kami:

www.wasap.my/60146396776
www.wasap.my/60167356655
www.wasap.my/601114967483

Kunjungi pejabat kami di:
? Lot 1719-A Kg. Parit, Jalan Kubang Kacang Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Waze Saja Untuk Lebih Mudah:
? https://goo.gl/maps/1vRhvD14fJr

*Proses Melukis Pelan & Pinjaman Perumahan Pihak Syarikat Akan Uruskan
*Tertakluk Kepada Terma & Syarat

?’ ????? ??????????? (?) ???. ???.
?????????? ????? ?????? ????
????? ????

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *