Uncategorized

PERSEDIAAN TAPAK

Penyediaan tapak sebelum bina rumah adalah perkara asas yang perlu diambil kira bagi proses pembinaan rumah kerana ianya mempunyai kos yang perlu disediakan oleh pihak pelanggan @ tuan rumah.   Untuk kos penyediaan tapak ini boleh disediakan secara tunai atau dimasukkan didalam pinjaman perumahan yang dibuat.   Penyediaan tapak adalah sangat penting bagi projek binaan tidak kira berskala kecil atau besar bagi memastikan kelancaran kerja – kerja pembinaan berjalan dengan baik.    1.CARI BATU SEMPADAN  Proses cari batu sempadan adalah bertujuan untuk menentukan sempadan tanah berada di kedudukan yang betul mengikut geran tanah.   Untuk menentukan batu sempadan tanah, kita perlu melantik pihak Jurukur yang berlesen untuk mencari dan menanda semula batu sempadan.  Proses ini sangat penting dilakukan sebelum kerja tapak dijalankan agar tidak berlaku insiden menceroboh tanah milik orang lain serta pembaziran kos sekiranya tersilap masuk didalam sempadan kawasan lain.    2.KERJA PEMBERSIHAN TAPAK  Setiap tapak yang hendak dilakukan kerja – kerja pembinaan mestilah dipastikan berada dalam keadaan bersih dan selamat.   Oleh itu kerja – kerja pembersihan tapak seperti menebang pokok, mencuci semak– samun, membuang tunggul-tunggul kayu dan segala struktur yang berada di dalam kawasan tapak binaan wajib dilakukan pada peringkat awal.    3.MERATAKAN TANAH (LEVELLING)  Proses levelling ini perlu dilakukan bagi memastikan aras tanah berada dalam keadaan betul dan rata sebelum membina rumah.   Ianya bagi memastikan level tanah tidak berisiko ditenggelami air sewaktu hujan dan juga banjir.   Bagi tanah yang berbukit pula ianya perlu dilakukan kerana permukaan tanah tidak sama iaitu dalam keadaan condong. Bagi tanah level tinggi perlulah di sodok dan bagi tanah level rendah perlulah ditambun untuk meratakan permukaan tanah tersebut.     4.TAMBUN TANAH  Proses tambun tanah adalah perlu sekiranya didapati keadaan tapak binaan adalah tidak rata, tanah berbukit dan juga rendah.  Ianya bertujuan untuk mengelakkan masalah air bertakung apabila hujan yang mana ianya boleh mengganggu kelancaran kerja – kerja pembinaan.  Kebiasaannya tambun tanah ini perlu dilakukan dikawasan tanah rendah, tanah sawah padi, tanah berbukit, tanah paya, dan lain – lain.   Bagi tanah yang ditambun setinggi 3 kaki dan keatas perlu dibuat banteng atau ditambak agar tanah yang baru ditambun itu tidak runtuh dibahagian tepi apabila musim hujan. Ini kerana tanah baru ditambun itu belum cukup mampat dan …

PERSEDIAAN TAPAK Read More »

KONTRAKTOR VS TUKANG KAMPUNG

KONTRAKTOR VS TUKANG KAMPUNG Mana satu yang harus saya pilih? Siapa tukang? – Tukang adalah orang yang mahir dalam kerja pertukangan rumah. Sebenarnya terdapat banyak kategori tukang rumah dan tiada tukang yang mahir dalam semua kerja. Antara jenis-jenis tukang adalah tukang kayu,tukang besi dan pelbagai lagi   Siapa kontraktor? Kontraktor adalah mereka yang berdaftar dengan …

KONTRAKTOR VS TUKANG KAMPUNG Read More »

TIPS MEMILIH KONTRAKTOR RUMAH 

TIPS MEMILIH KONTRAKTOR RUMAH SCAMMER HARTANAH KIAN MENINGKAT, MARILAH KITA MENIMBA ILMU SUPAYA TIDAK MENJADI SALAH SEORANG MANGSA MEREKA. KONTRAKTOR BERPENGALAMAN TIADA REKOD TERBENGKALAI BERDAFTAR DENGAN CIDB ALAMAT PEJABAT YANG SAH SEBUT HARGA YANG BERPATUTAN MUDAH UNTUK DIHUBUNGI HASIL KERJA YANG MEMUASKAN SYARIKAT YANG KUKUH MESRA PELANGGAN BAHAN BINAAN YANG BERKUALITI JOM REALISASI IMPIAN ANDA …

TIPS MEMILIH KONTRAKTOR RUMAH  Read More »

TIPS MEMBELI RUMAH BERSERTA TANAH

TIPS MEMBELI RUMAH BERSERTA TANAH . RAMAI YANG INGIN MEMBELI RUMAH/TANAH TETAPI APAKAH ILMU YANG ANDA PERLU TAHU? BEBAS BANJIR BERDEKATAN DENGAN KEMUDAHAN ASAS TIDAK PERLU MENAMBUN TANAH STATUS BANGUNAN HARGA TIDAK MELEBIHI HARGA MARKET PENJUAL YANG DIPERCAYAI JOM REALISASIKAN IMPIAN ANDA DENGAN MEMILIH D’MARAS DEVELOPMENT SEBAGAI KONTRAKTOR BINA RUMAH IDAMAN ANDA 🙂

10 TIPS ELAK PENCURI MASUK RUMAH

KES PECAH RUMAH KIAN MENINGKAT ! JANGAN RISAU, BERIKUT 10 TIPS ELAK PENCURI MASUK RUMAH . Menggunakan pintu sekuriti atau memasang selak pintu. Post gambar bercuti anda selepas pulang dari bercuti Mempunyai hubungan yang baik dengan jiran. Hidupkan lampu dalam rumah ketika tidur. Memasang radio/tv ketika tidur. Sentiasa kunci rumah anda walaupun hanya keluar sebentar. …

10 TIPS ELAK PENCURI MASUK RUMAH Read More »

Whatsapp Team D' MARAS